50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Saya teruja nak cuba tip #39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata "buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!". Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven!

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN


Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA


Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH


Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

3 7-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN



Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA


Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah


Permulaan cerita mengisahkan seorang gadis bernama Aleya yang berlatar belakang keluarga sederhana. Namun dalam diam Aleya telah menyimpan perasaan hati dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama, Syed Aizril yang di kenali semasa belajar di Universiti. Kisahnya bermula bila Aleya di tawarkan bekerja di Syarikat Syed Aizril sebagai eksekutif dan sejak itu hubungan mereka semakin intim. Aleya bagaikan terleka dengan layanan mesra yang di berikan sedangkan Syed Aizril terus bermain sandiwara.

Penulis mengarapkan watak Syed Aizril sebagai seorang lelaki yang mempunyai keegoaan yang cukup tinggi, mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah membuka lembaran duka buat diri Aleya.

Kehadiran watak Faizal dalam cerita ini sebagai penyumbang berkembangnya plot cerita ini. Dendam Faizal pada Syed Aizril telah mengheret Aleya ke kancah derita. Faizal membuat perangkap, Aleya dan Syed Aizril telah di tangkap khalwat. Syed Aizril tidak dapat menerima kenyataan itu, Aleya di kahwini jua tetapi dengan satu dendam yang membara. Janjinya, Aleya akan hidup terseksa.

Di sini penulis bijak membuat pengolahan cerita hingga kita turut terheret sama merasai deritanya kehidupan yang di lalui oleh Aleya. Begitu tersentuh emosi semasa membacanya. Satu demi satu kekejaman yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya dan kekejaman yang paling nyata bila Aleya di perkosa oleh suaminya sendiri. Hancur hatinya, musnah segalanya, habis madu sepah di buang. Aleya di campak lebih hina daripada pengemis di tepi jalan. Entahlah, tiada kata-kata yang dapat untuk diluahkan untuk seoarang lelaki yang bernama Syed Aizril, BINATANG!, masih tidak dapat menghilangkan rasa benci dan marah terhadap perbuatan keji lelaki itu. Namun Aleya tidak keseorangan dalam meniti liku-liku duka dalam hidupnya, kehadiran Umairah sahabat baiknya menjadi penguat semangat Aleya.

Plot makin berkembang bila tragedi hitam itu membuahkan benih pada rahim seorang wanita yang malang. Malangkah dia? Penulis seperti tidak berpendapat begitu satu mesej telah di tunjukkan bila melihat cara pada watak Aleya yang begitu sabar dalam menghadapai dugaan hidupnya. Jelas, Aleya mengumpul kesabaran dengan mendekatkan diri pada penciptaNya. Salah satu dialognya "Selama aku meniti liku-liku hidup aku tidak pernah pasrah melainkan aku redha atas ketentuanNya..". Syukur pada yang Esa, Umairah dan Ikram menjadi penguat semnagat dirinya. Aleya tidak di biarkan berkelana, di rumah Umairah dia mula membina hidup barunya.

Kandungan yang semakin sarat telah merisaukannya, zuriat yang lahir perlu di daftarkan kelahirannya, dokumen-dokumen penting masih berada di rumah mewah itu. Aleya nekad demi anaknya dokumen itu harus di perolehi. Kehadiran Aleya di rumah mewah itu tidak dialukan, pertelingkahan telah terjadi di antara Aleya dan Sharifah Emilin. Syed Aizril bangkit membela kekasih hati, anak yang di dalam kandungan tidak di akui. Demi untuk membuktikan kejujurannya terhadap Sharifah Emilin, Aleya di paksa mengaku anak yang dikandungnya bukan benih suaminya sendiri. Tidak! Jawapan yang membangkitkan api kemarahan Syed Aizril. Kejamnya dia. Aleya di seksa, darah mengalir tanpa hentinya namun kemarahannya masih belum reda Aleya yang sarat mengandung itu di heret dan di campaknya keluar begitu saja.
_________________________________________________________________

Rasanya semua tahu yg aku ni mmg peminat Norhayati Berahim, smpai jarang aku nk beli novel lain. Tapi ada satu hari tu.. kakak cleaner tmpt aku kerja tu promote kat aku soh baca {kami ni mmg peminat tegar novel² cinta}. Dan secara kebetulan mmg aku ada beli Novel seangkatan dengannya iaitu Cinta Kau dan Aku.
Kesimpulannya aku pergi kerja esok dgn mata yg agak sembab sbb aku menangis!! Adoi la... sungguh la sedih aku membaca novel tu, smpai masa membaca tu berbakul-bakul sumpah seranah aku sebutkan.. hahahahahhaa... feeling abeh beb!! mmg tabik spring² la kt penulis ni.. mmg bebetul "touching". Tak sanggup aku bayangkan kalo aku berada di tempat Aleya tu.. Tabah betul dia menghadapinye..Anyway memana kawan² yg suka membaca..aku syorkan belilah novel ni.. dan sediakan tisu bebanyak eh..




Mereka lagi..


dah besar dan makin hensemkan mereka ni.. pejam celik..pejam celik..sekejapan sahaja mereka dah jadi anak bujang aku.. dah pandai nk memilih baju apa nk dipakai.. kaler apa yg nk dipakai, kasut apa.. fesyen apa.. rasa cam tk puas je membelai derang..

adakah tu tandanya aku kena buat 'adik' utk mereka??

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Kenaikkan harga minyak disambut penuh kesyukuran

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.


p/s: SENGAL KAN???

Tag dari mak budak

Tag 1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???ye laaa..kekadang keliru gak nih...klu dah tau...nak save,lpas ni mudah la nk ingat...he2..

Namaku Azzura binti Abd Latif..
Keluarga belah bapakku panggil aku dengan nama UYA..
keluarga belah mak aku plak panggil aku YURA..
Sepupu sepapat belah bapak aku panggil aku dengan gelaran KAK LONG..
ada juga sepupu lakiku panggil aku dengan nama KAK URA..
Dalam IRC aku lebih dikenali dengan nick Misha_mi @ Misha..

Umurku 30 tahun pada 23 Oktober ni..
so skang ni bleh dikira 29 lagik la kan?..
huhuhuhh.
buat masa ni duduk di Damansara Damai
sudah hampir 5 tahun aku duduk di sini..
agak lamaa gak la..

Tag 2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih???..biasa kol berapa??lama tak?

aku akan bukak blog bila aku rasa aku nk bukak..
ataupon bila aku rasa aku ada cite yg hendak aku kongsikan..
takpon aku bukak utk tenguk blog orang lain aje..
lama tu...bergantung pada apa yg aku nk buat la..
kalo setakat cerita aje..tk smpai sejam gitu..
tp kalo upload gambo sekali..
makan berejam gak ar..
huhuhuh..

Tag 3.Bila dah on kat Blog...apa yg korang buat ek???

bukak aje...confirm memana komen yg ada..
tenguk ada orang baca tak blog aku..
cek chat box..
dan kalo ada idea...klik new post..
kalo takde...bloghop la..

Tag 4.Penah tak sedang asik melayan intenet ni...korang telah abaikan sesuatu....?

buat masa ni tkde la kot..
masaku terabai bila main facebook aje..
hahhahahh,...

Tag 5. Macamana cara korang masak maggie ek

aku tk berapa suka makan megi..
selalunye laki aku yg suka masak megi..
dan aku akan hirup kuahnye aje..


Tag 6. hubby korang tau tak korang ada blog ni....penah tak hubby korang baca blog korang????

opkos la dia tahu..
selalunya setiap kali entry..
dia akan baca dulu dan perbetulkan memana yg patut..
takpon ada je menda yg dia soh tambah..

Kpd Kengkawan ku sekalian yg telah aku pilih utk buat tag ni..sile2 la jawa b ye...
tu pun klu korang sudi la....

  • Ezna
  • Reen
  • Siti kotak
  • Nurel @ Mai
  • dan mereka mereka yg sudi buatla ..

Bercuti-cuti ke Kuala Terengganu

Seminggu selepas aku bercamping... aku ke Kuala Terengganu plak.. coti-coti mesia bersama keluarga.. dah lama aku merancang percotian ini.. yg istimewanye percutian ni adalah kami semua akan menaiki BAS.. hahahh.. saje..malas nk naik kereta..sesekali biarlah naik bas plak..

Seawal 6ptg aku dan pemeli aku dah stenby kt The Mall.. kan dekat ngn hentian putra.. saje je awal..bleh dinner sekali smentara tunggu parent aku, adik beradik aku sampai... sesekali melayan kerenah anak2 aku yg macam-macam tu..

Tiket bas pkl 10 malam... dan kami pon bertolak...diiringi dengan doa perjalanan..

muka sengal memasing yg excited nk naik bas
padahal dh pkl 10malam tu..
naik je bas...sme tidoooooooooo..
ampeh!!
huhhuhuh..

nak dijadikan cerita.. bas tu tiba kt Marang pkl 5pagi.. 5pagi tau!!!!.. siyes..turun dari bas ngn muka ngantuk dan muka tk sangka.. hahahahha.. disebabkan tk nampak apa-apa kedai minum..kami pon perlahan-lahan berjalan kaki ..rerasa ada le dalam 1 kilometer menuju ke Hotel Seri Malaysia Marang.. perghh..rasa mcm borjoging disubuh hari la.. sian anak-anak aku..kena dera pepagi buta..

my baby face..
hahhaha...
muka sengal mengantuk...
tp sanggup dia tahan..
sbb nk mandi kolam!!

sib baik la pihak hotel tu benarkan kitorang masuk satu bilik lebih awal.. dah le baru pkl 6 pagi..tkan nk duduk kt lobi plak kan??? so semua berkampung la dlm bilik parent aku ni...penuh weh...aku suka bilik ni.,.sbb dia besar...kalo semua pakat tido dlm bilik ni pon muat aje...

ni la hobi anak-anak aku.. kalo aku ajak tido hotel aje..soklan pertama yg derang akan tanya.. ada swimming pool ke idak.. kalo tkde..derang tkmo ikut... huhuhhu.. bangkrap la mama ko camni..
tenguk je aksi derang ni.. ada hati nk masuk ke pool orang dewasa...walhal tk cukup tinggi lagi..

ni adik aku ngn femeli dia..
tenguk la dak kecik tu..
mcm tkde perasaan aje main air..

adik lelaki aku bersama anak buahnye..

Jasmin

Muhammad Izz Zuhairi
4 tahun la..
pose istimewa anak aku..
hehheheh..
perasan hensem la tu..


malamnye kitorang pakat main bowling..
hahhahahhaa...
kt kl tkde masa kan..
kt sini pon jadi le..

aksi kejar mengejar tepi Pantai Batu Buruk..
tkde menda nk buat kan..
ada aje la kijenye..

adik zuhairi tido..
dapatle bermanje ngn abg zafran..
kalo tk jgn harap le..
adiknye kuat jeles..

muka keletihan setelah penat bersoping..
abeh weh duit kalo duk kt sini lelama..
rambang mata aku duk sini..

bergambar sekeluarga tepi pantai..

melepak + melantak kepok lekor..
sambil duk tepi laut..
ditemani ngn angin yg sepoi-sepoi bahasa..

kepok lekor ganu..

aku tak tahu apa nama kuih ni..
tp ada isi kaya/coklat atau jem kt tetengahnye..
sngt sedap..

Mohammad Izz Zafran
5 ttahun sudah..

sesi cucu-cucu menge'pow' atuk mereka..
hahhahaaha..

aku suka gile kt makcik ni..
peramah..
siap dia bungkus sket utk aku makan dlm bas nnt..

aksi tak senonoh 4 beradik tepi pantaai Batu Buruk ni..
macam-macam posing ada..
aku letak 2 keping cukup la ye..
huhuhuhuhu..

nota: mmg sngt happpy time ni sbb apa yg dirancang smuanya menjadi.. so next year... kena rancang lagik la..sbb destinasinye ke KK @ kota kinabalu pula..

Camping di Kaki Bukit Larut

Rasa mcm dah lama aku tk menulis apa² dlm blog kecil ni.. maklumla..aku juga bz.. hihihihi..start dari awal june.. smpai skang.. setiap minggu dipenuhi dengan pelbagai program.. baik dengan keluarga ataupon bersama teman tapi mesra..

gaya seorang perenang..
huhuhuhuhu..

sesi berkayak


bersama rakan-rakan satu batch kemasukan tahun 2003

semua peserta di Kaki Bukit Larut




Ok...aku mulakan pada awal bulan June.. sesi camping di Kaki Bukit Larut dengan Kesatuan Pembantu-pembantu makmal dan Gred-gred Bersekutu.. semuanya ada rakan sekerja.. baik yg senior atau yg junior.. bermula pada petang kamis...sesampainye di tapak perkhemahan...aku agak sedikit terperanjat sbb... mmg BENAR kami akan tido dalm KHEMAH... oh NO!!.. sesatunye perkara yg paling nk dielak sekali la.... hahahhahaha!!!.Selama ni aku pergi...depa sme buat dlm hotel.. kali ni aje lain dari yg lain..



Start je nk pasang kemah..sekali hujan rerintik manje turun...adey la.. sure korang bleh bayangkan... BERKEMAH DALAM HUJAN.. takpe..takpe..hidup mesti cekal.. selepas tu sesiap utk perasmian selepas isya' dan... jeng jeng jeng.... malamnye ada Jungle Tracking. dan paling best ialah dalam HUTAN.. amek ko..nk sngt pegi kan....

Beratur ramai-ramai dlm nombor...dan tunggu utk dipanggil.. nombor aku agak jauh kebelakang..so..agak lama la menunggu.... sesedar dh pkl 2 pagi ko...dan aku masih blom lagi dipanggil..Tetiba.. no 36! gabra aku dah...gabra..gabra.... cuak sebenarnya.. sbb aku perlu masuk ke dalam hutan itu hanya berpegang pada seutas tali yg halus.. tanpa lampu suluh... dan sorang-
sorang.. korang bayangkan...gelap weh.... meraba-raba aku...pegang pada tali tu...dan berpandukan cahaya bulan..yg malap..tp akhirnya aku berjaya melepasi dugaan itu..walaupon ada la dua tiga ekor pacat ke lintah dlm kasut aku tu..
Keesokkannya pagi aktiviti riadah dan juga meeting dimulakan.. Petang ada acara yg best..iaitu berkayak dan juga River Crossing.. banyak juga pengalamaan yg dapat aku pelajari dari mereka ni.. {mereka tu adalah fasilitator yg incharge dlm perkehmahan dan juga jungle tracking}.

Yang aku pasti pada sewaktu kami semua melawat hutan bakau.. lutut aku mmg sngt sakit..dah tk mampu nk berdiri lelama..longgar weh.. nk makan mee udang pon...rasa cam tkde je selera...tp sebab dh bayar kan..balun je la...


ni pula selepas makan mee udang dan melawat ladang bakau..kami dibawa menaiki bot menyusuri sungai gHutan Paya Laut Matang..naik bot yg dah uzur.. hahahahha,..risau je aku bot tu karam..



Tag lagi..

1. Apakah perasaan anda sekarang?
tengah demam + batok..tension!!

2. Saya nak makan?

pizza dengan bebanyakkkkkk cheese..

3. Saya tak suka?

Backstabbers

4. Impian saya?
...Memiliki kediaman sendiri

5. haiwan yg saya tak suka?
...lintah

6. Saya harapkan?

7. Jika boleh putarkan masa?
aku nk belajar rerajin..

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
...Seorang isteri yg patuh pd suaminya dan ibu yg memahami utk anak2

9. Handphone saya adalah sebuah?
...Tmpt utk bergosip,bercinta,berposing gitu

10. Saya pernah bercinta sebanyak?

Cinta monyet je semua tu..

11. Kawan-kawan saya?
my family..

12. Pernah dikhianati?
pernah..tp malas nk cite..

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
...Asalkan dia bahagia sudah

Cuba korang baca balik post yang ni plak..!!

Related Posts with Thumbnails