Tag kedua dari Ezna.

1. Anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ?
»aku lagik suka yg sadin dari kentang.. dan biarla pedas sikit.. pergh.lagik plak makan masa panas.. bleh melecur lidah..tp kalo sedap punya pasal...lecur pon lecur la.. hik hik

2. Anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
»Aku prefer air kelapa.. sambil makan isinya sekali.. time hari panas... perghhh..

3. Apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
»errr.. ada ke camtu? aku tk penah rasa.. jeawatku keluar masa time bulan nk gerhana aje.. hik hik..

4. Anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yang macam mane ?
»tak hensem, tak tampan, tak putih, tak belagak ego, tak idung tinggi dan semua yg tak tak tak tak la... janji hati baik.. sudah!! hitam itu menawan beb!!

5. Apakah perkara yang wajib anda buat sebelum tido ?
»kalo bedua wajib aku tenguk fariz tido cemana.. ada nyamuk ke tak.. kalo dengan anak2 aku... pepelok ceommmmm derang mpai derang tolak muka aku... hahahhah!!

[soalan yang memerlukan anda berfikir dengan lebih mendalam]


1. Andaikan ada orang menghina ahli keluarge anda. apakah yang anda akan buat ?
»mmg aku cari orang tu smpai ke lubang cacing.. pehal plak nk cari psl?


2. Adakah anda akan tolong kawan anda yang dalam kesusahan walaupun dia pernah khianati anda ?
»kalo dulu mungkin aku tolong.. sekarang ni takmo la.. aku nk pentingkan diri aku dulu...

3. Andaikan besok hari terakhir anda hidup. Apakah perkara yang anda ingin buat sebelum mati?
»baring atas katil sama laki aku dan anak-anak aku.. borak kisah silam.. smbil pelok ceom.. kata last kan..


4. Adakah anda akan pilih orang yang anda cintai atau orang yang anda sayangi sebagai pasangan hidup ?
»janji dia sayang serta cinta sama aku.. apa dehal?


5. Apakah yang membuatkan anda bersemangat untuk hidup sampai sekarang?
»anak-anak aku zafran dan zuhairi. serta fariz.. aku nk tenguk anak2 aku masuk university... insyaallah..amin..


6. Andaikan masa dapat diputarkan balik, apakah yang anda ingin betolkan ?
»betulkan diri sendrik..nk belajar rerajin..

7. Adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal?
»tak rasanya.. kena usaha lagi la..


8. Adakah anda akan memaafkan orang yang telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
»ye!! orang itu mesti disula smpai mati!


9. Andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit. Adakah anda akan masih bekawan dengan dia?
»apa la gunanya kawan kalo tk menolong kengkawan.. ye tak...

10. Sesetengah orang mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. Apa pandangan anda ?
»hahaha.. menyusahkan menda? derang tu akan susah kalo aku ada.. hahhhhaa... cepat abang.. A for apple, B for birds.. K for what???.. haa adik.. apa menung-menung..kaler lukisan tu.. amboi..!!! <--camtula aku kalo ngn bebudak ni.. tp aku lagik suka kalo meka berlonggok ngn aku... sorang main rambut...sorang lagi bawah ketiak...bila adik baring atas riba, abang jeles tolak adik turun..pastu memasing main tarik rambut..hahhahha...bestnye.. [tk sabar nk jumpa derang]

Tag
1. Erin
2. siti kotak
3. sesapa je la..

No comments:

Cuba korang baca balik post yang ni plak..!!

Related Posts with Thumbnails