Pengantin Yang Malang

Wangi bunga rampai di ruang depan
Semerbak ke segenap penjuru ruang
Tetamu yang hadir
ceria sekali wajah mereka
Pelamin terhias indah
Anggun dan mengasyikkan

Namun ada esakkan sayu
Dari bilik pengantin
Airmata yang hangat
Mengalir membasahi pipi gebu
Seorang perempuan
bergelar isteri

Inai yang memerahi jari
Kebaya ungu yang membaluti diri
Haruman syahdu mewangi
Tak dapat meredakan gundah

Di luar pagar di sudut halaman
Berdiri aku memerhati
Pandangan sayu aku lemparkan
Merenung pelamin

Saat gema kompang menggelegak
Saat suamimu diarak
Akurlah aku akan satu pengertian

Kita adalah pengantin yang malang
Kerana pelamin itu
Kerana cincin di jarimu
Kerana majlis ini
Bukan untuk kita
Hanya sekadar impian pedih
Yang akan menjadi tetamu
Di malam malam mendatang

Moga bahagia sentiasa berada
Di muka pintu rumahmu



~dah lama aku tk baca kata2 ni..bila aku belek2 email aku..terjumpa plak..email dr seorang kawan karib aku 7taun dahulu..ditujukan khas utk aku..dari hati dia.. :)

3 comments:

SamWise said...

erk..kawan 7 tahun lagi...tak abes2...

Zura said...

bukan 'kawan' yg tu la..ni kawan lelaki..pejadahnya kawan pompan aku nak bagi camtu? iskk..

Miss Reen said...

aku pun ingatkan kawan yg 8 tahun tuh..miakakakakaka

Cuba korang baca balik post yang ni plak..!!

Related Posts with Thumbnails